April 24, 2014

0 Design rumah aku

Rumah aku ni tak cantik macam rumah orang lain. Kami sekeluarga bukannya kaya raya, rumah beli pun loan jek. Tapi ikut hati aku ni nak je lah design rumah ni. Godeh-godeh laptop tiba-tiba terjumpa design software untuk design rumah. Lupa apa namaya. Aku pun terus lah design rumah mak aku ni. Semua idea yang ada dalam otak ni semua aku keluarkan balik. Macamtu la aku punya plan untuk design rumah. Harap dapat la duit untuk design rumah aku macam ni. Sedih bila raya, sedara mara pun macam geli nak datang. Mentang-mentang la rumah aku tak macam rumah pak ngah aku. kalau raya rumah pak ngah aku, diorg bukan main berjam jam. Kalau rumah aku kejap gila dah nak balik. Pui










bahagian store simpan baju








April 22, 2014

0 Cuti Semester


Cuti sem dah dekat sebulan. tapi aku tak kerja pun. Haritu masa dekat U, dah plan dah. Katanya cuti nanti nak kerja nak kumpul duit banyak-banyak. Nak beli Macbook Pro. Tapi bila niat nak beli Macbook Pro tu dah hilang, semangat nak kerja pun dah hilang. Aku mula rasa bosan. Ingatkan lagi sebulan ni nak cari kerja nak je jadi cashier dekat The Store tu tapi... The Store kata cashier nak pakai lama so untuk sebulan dia tak nak. Waduhh gawat ni.

Hari-hari di habiskan dengan tidur, tidur dan tidur. Bagun pukul 12.30 lepastu mandi makan tengok tv then tidur lagi. Malam tidur pukul 4/5 pagi. Allah.. bosan betul hidup tak ada kerja ni. Ikut hati nak je follow Hajak kerja dekat BSN bahagian loan. Dia pun dah ajak dah tapi di sebabkan aku ni belum habis belajar nak buat macamana. 

Biasanya kalau awek aku ada memang berjalan je dengan dia jelajah cari tempat makan dekat mana-mana. sebab tu la hobi aku. Jalan-jalan cari makan. huahuahua. urmm bosan betul lahh. k bai

November 06, 2011

0 satu pagi di pagi raya



Pagi tadi aku pergi sembahyang raya, dah siap semua skali aku pun kelua la masjid nak balik dengan abah aku. Lepastu budak-budak rempit pun press press moto. Bingit jek bunyik nyer. Abah aku pun cakap lah 'tak sopan betol! tak tau ni masjid ke". Aku pun diamkan jek. Punya la sakit telinga aku dengar moto-moto cikai tu. Tiba-tiba ada satu abang ni berbaju biru cair,berseluar jeans dan berkulit putih ni dia bawak moto Ducati Monster yang baru keluar 2011 ni. Die pun start moto dia. Vrooommmmm!!!! Pergghhh! satu masjid dengar. Terkentut-kentut mat-mat rempit ni. hahaha. Kalau bunyik superbike ni tak pelah. Sedap bunyiknye. Kalau stakat moto Rm1000 Rm2000 ni. Tak payah la nak tunjuk-tunjuk. Sekilo 2 ringit jek. Haha :p

October 27, 2011

0 Mintak simpati agaknya


Baru saiko sikit dah kata mengutuk. Lantak kome lah. Tulah, dulu punya lah sodap jek kutuk mengutk kawan-kawan semua. Bila dah kena batang hidung sendiri, terus balik rumah update status nak mintak simpati orang semua. nak jatuhkan maruah kiteorang la konon. Puii.. Singat!. haha. Yang kawan-kawan die pun bekup lah die mengutuk aku dan zhae. Padehal dieorang tak tau budak ni pernah kutuk die bukan main. Nak aku bagitau apa kau kutuk dieorang? Tak payah lah.. aku bukan macam kau. Sikit punya hal bagi tau orang ramai. Kang kalau aku bagitau apa yang kau kutuk die selama ni kang menagis kau kang xde siapa nak bekup. Tak pelah. Tak pelah. Aku just cakap satu ayat. Tapi kau balas dengn jatuhkan maruah aku dekat semua orang. Hal kecik kau besar-besarkan dekat FB. Takpe. Harini kau jatuhkan maruah aku. next time orang lain jatuhkan maruah kau pulak. Tak pelah. Aku diamakan jek. Dah penat nanti kau diam la tu. :D

June 08, 2011

0 memohon maaf atas perkara-perkara berikut

Mohamad Saiful Azmi,
No 10 Jalan Jalan,
Taman Teman,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim.



Guru Tingkatan 5 perdagangan 1,
SMK Dato' Syed Esa,
Peti Surat 32,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim.
6 JUN 2011

Puan,

MEMOHON MAAF.

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas ingin memohon maaf atas perkara-perkara berikut.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Saiful Azmi dengan ini ingin meminta maaf kepada Puan bahawa saya tidak dapat menyiapkan kerja masa cuti yang Puan telah berikan . Antara sebab sebab saya tidak dapat menyiapkan tugasan itu adalah seperti berikut.

i) Masalah tulisan. Dah 11 hari den cuti sekolah ni ha. Den sajo jo la nak buat kerjo last minute. Baru bersemagot. Tapi malam tadi sedang den punyo bersemagot nak buat omework tibo-tibo tangan den kaku la nak nulisnyer.. Kemudian den cubo lagi. Cubo lagi. Tak boleh jugok nompeknyor. Tulisan den dah serupo cakar musang.

ii) Sebuk. Semenjak den cuti ni. Den sebuk sikit. Den sibuk nigok tv nu ha. Channel 611. Mulo-mulo den tak nok la negok tv nu ho. Tapi astro ada siarkan katun Dragon Ball dan One Piece pulok. Gilo den tak negok? Mosti la negok! Belah petang pulok ado cito macam-macam. Best-best belako. Maklum la. Astro, macam-macam ado la khabornyer.. Malam pun samo.

iii) Rehatkan minda. Den bukan tak nak buat tugasan nu. Tapi den nak rehat kan minda. Maklumla nanti naik skolah nak keno guno pulok otak dan akal den ni. Jadi den nak rehat-rehatkan la beliau.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Diharapkan puan dapat memaafkan dan tidak di ambil sebarang tindakan terhadap saya.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

___Saiful Azmi___
(MOHAMAD SAIFUL AZMI)
AJK Alatan 5 Perdagangan 1,
SMK Dato' Syed Esa,
Batu Pahat.