January 09, 2011

0 Kenangan2009 di Telok Gorek..

Ini cerita tentang kisah masa tahun 2009. Masa ni aku form 3. Muka semua masih comel-comel lagi. Jerawat pun masih malu-malu nak timbul. Masa hari rabu lagi seminggu nak PMR, cikgu kaunseling sekolah aku bagi la kertas untuk aktiviti selepas PMR. Dekat situ ada banyak aktiviti. Main bola sepak, lawatan ke Segamat, lawatan ke Terengganu dan sebagainya. Mula-mula aku taknak pergi la ke Telok Gorek ni. Tapi kawan aku si Pak Ranak atau nama sebenarnya Razak Rahman memaksa aku dan rakan-rakan pergi. Dia cakap "eleh...RM50 je bukannya banyak pon..". Aku pun apa lagi. Warhh! Let's RoCk bebeh!haha.

Pastu lepas PMR kiteorang pun p la. Ok. Mula-mula pagi tu dalam pukul 8.15 mesti dah sampai kat sekolah., cikgu nak bagi ceramah sgale. Err.. Wat malu je. Mana taknyer, ramai budak RKA. Budak-budak bawahan macam aku ni cuma 25 orng je. Kiteorang pun semua buat muka malu-malu arnab la. Maklum la semua masih comel-comel lagi. Terutama sekali aku. Wakaka :p. Aku, Izha, Mahir dan Ariff di tugaskan membawa air mineral ke dalam bas. Nasib baik la cikgu sewa bas aircond. Kalau cikgu sewa bas ting tong. Peh! mogok la semua budak tak nak pergi. Aku dengan memakai seluar dan baju sukan sekolah pun masuk dan cari tempat duduk dalam bas. Kami berempat ni orang terakhir masuk.

Jadi tempat kami di depan skali la. Da tahu sangat dah. Sebab memang aku ni sentiasa kena duduk depan walau dekat mana-mana pun. Dalam bas tu pak cik driver tu pun bukak la lagu lama-lama. Yang aku ingat lagu kumpulan AXL. Aduh! jiwangnyer!! Masa tu aku ni anti giler dengan jiwang-jiwang ni. Termasuk la cinta ni, aku memang anti giler. Well, budak baik.haha Aku dengan lantasnya terus amik nset dalam kocek dan pasang headset. Aku bukak lagu Akon- Beautiful. Aku bukak volume sampai abis. Tapi lagu AXL tu lagi kuat. Budak-budak dalam bas pun apa lagi menyanyi la.

Dalam 2 jam kemudian, aku amek la cermin. Konon-konon nak betulkan rambut la. Tapi sebenarnya nak menyengodeng awek-awek dekat belakang tu. Aku tingok semua tebongkang tidur. Nak tidur tu save-save la mulut. Ni tak mulut masing-masing macam nak tadah air hujan. Aku rasa kalau aku tadah la air liur diorang tu, penuh dua botol. haha! Masa tu aku tak populer lagi. Semua awek tak kenal aku. Budak-budak perempuan masa tu masih anggap aku ni orang luar. Tak tegur aku langsung. Dalam bas tu aku je la yang awek-awek tak tegur. Tapi tak pe. Budak hensem+macho ni memang macam ni nasibnyer. kuikuikui! Tiba-tiba dah sampai. Aku pun tak tahu berapa jam perjalanan.

Aku pun turun la dari bas. Peh! degar je bunyi air kat pantai tu. Rasa macam nak mandi time tu jugak. Dah ceramh punya ceramah cikgu bagi bilik. Cikgu kata kalau dah masuk bilik awak nak mandi ke apa ke awak punya pasal la. Aku dan kawan-kawan pun apa lagi. Let's rock babe! Aku masa tu buat-buat malu la nak mandi kat situ. Maklumla badan aku ni seksi. Nanti kalau awek-awek tingok nanti dia terangsang pulak. Kalau dia terangsang, susah la aku nanti. Aku jugak yang kena pangggil dengan JAKIM. Wakaka :p. Then, my friend paksa-paksa suruh mandi. Aku pun apa lagi. Mandi je la.

Kiteorang mandi buat style kanak-kanak ribena. Macam budak-budak tadika. Main baling-baling pasir lah, simbah-simbah air la,wrestling dekat air la, lawan siapa tahan lama dalam air, breakdance dekat air dan sebagainyer. Wahaha. Lepas tu dah azan. Kiteorang masuk la dan bersiap untuk ke surau. Dah siap solat tu, cikgu ceramah ke khutbah aku pun tak tahu la. Kat surau tu banyak giler nyamuk. Masa cikgu khutbah tu. Aku, Izha dan Razak pun pukul nyamuk tu lepastu kiteorang kumpulkan. Mula-mula bertiga je yang buat. Tiba-tiba semua orang pukul nyamuk lepastu bagi dekat kiteorang. Bisnes nyamuk kami telah mendapat perhatian oleh ramai pihak. Wahaha! Bila dah malam tu, cikgu kata makan BBQ. Ingatkan masak sendiri. Rupanya dah siap. Tak best la macam tu! Apala.

Keesokan harinya, makanan malam keropk lekor sorang 2 ketul. Sate sorang dua ketol. Nasik dan sebagainnyer. Haa... Pasal makan ni yang aku marah teramat sangat. Ada sorang cikgu kaunseling wanita ni yang ber tubuh kurus dan mempunyai ketinggian yang hampir setinggi aku. Aku mula-mula nampak budak-budak RKA amek sate banyak. Sepinggan wa cakap lu! Dieorang tak makan nasi pun. Keropok lekor banyak. Satu pinggan sorang. Lepastu aku dan geng-geng kenalan ku amek la empat sate lembu, dua sate ayam dan empat keropok lekor. Lepas tu cikgu kaunseling ni pun datang. Dia cakap dekat kiteorang yang kiteorang amek sate banyak. Ayat yang dia buat aku geram ialah "awak tahu tak apa hukumnya mengambil harta orang lain tanpa meminta izin... haram awak tahu tak! haram!". pehh! aku pun apa lagi, amek pinggan aku terus hempas kuat-kuat atas meja.

Nasib baik la tak tumpah. Aku cakpa la kat cikgu tu yg budak-budak RKA amek sepinggan sate seorang. Cikgu siap boleh biokan je. Aku lempang jugak cikgu ni. Jangan ingat dia cikgu aku pernah takot la. Kiss my ass la wei. Cuba korang bayangkan, aku amek 6 je. Yg si cikgu musibat tu nak cakap haram pulak. Pehh! aku bayar RM50 la wei. Tempat tu sewa bilik cuma 25 je. Aku kat sana tak makan sangat la cikgu. Aku makan pun cuma sate je tau. Sate 6 cucuk baru berapa posen. aku masih ada lagi RM25 untuk makan la wahai musibat. Marah punya marah, aku pun tingok la tv kat situ. lepas tu budak-budak RKA bukak Astro Hitz. Astro Hitz ni kalau malam dia ELEMENT for ELEMENT.

Semua lagu hip-hop je. Jadi, biasa la hip-hop dekat luar negara tu kalau music video nyer mesti ada awek. Aweknyer semua seksi-seksi belaka. Budak-budak laki semua menjerit.. "woooooo~~~~!"... haha. yang perempuan pulak "astaghfirullahalazim...".. haha. Konon-konon perempuan tu baik sangat la. Meh sini aku check nset sorang demi sorang. Gerenti punyer bnyak benda-benda yang boleh aku kata astaghfirullahalazim. Perempuan zaman sekarang buknyer boleh caye sangat. Kuang3. Jam menunjukan pukul 10.34 minit malam. kiteorang pun pergi la ke pantai. Time tu masing-masing nak tunjuk nset masing-masing. konon mahal la agak nyer. Padehal mak bapak jugak yang belikan. ye tak?. haha. Air dekat pantai pun surut. Jadi semua berjalan sampai ke tengah-tengah pantai. Waw! best woo! Semua nak amek gambar dengan pakwe n makwe masing-masing. Konon-kononnyer nak tunjuk romantik la dan nak simpan jadi sweet memorie la. Hak tui.. haha. Semua orang sedang sibok menyenap gambar.

Aku sorang je yang tinggal. Sob...sob...sob... Aku pun duduk la dekat sebatang pokok yang begitu besar. mempunyai akar yang menjela-jela. kalau budak-budak mesti dah takot dah. Tapi apa boleh buat. Dah semua awek tak kenal aku an..an..an... Argh! pedulik apa aku. Keesokan harinya, aktiviti kiteorang ialah naik ke bukit ap entah. Aku pon lupa la sebab tak penting pun. Naik punya naik. Tiba-tiba berhenti sebab jalan dah di tutup. Siap ada toilet lagi. Dekat tengah-tengah hutan wa cakap lu! bedekah seh. Agaknyer toilet tu di sediakan untuk monyet-monyet ataupun berok-berok yang nak tekucir kot. Wakaka.. Lepastu brader yg tunjuk jalan tu pun jumpa jalan lain. So, bermula lah pengembaraaan kami. Dah 2 jam perjalanan. Ramai awek-awek berhenti dekat tepi batu-batu besar. Aku sorang je.

Aku telah di tinggalkan oleh semua kaum kerabat. Tiba-tiba awek-awek tu tegur aku. "Epul! dokong la kiteorang..penat ni." (dengan suara yang manja + penat). Aku pun . awwwww! dieorang tegur aku la. wakaka. Tapi aku buat muke poyo dan tak layan pun budak-budak tu. maklum la, dekat tengah-tengah hutan macam-macam ada kan. Haha. Entah orang ke ap entah diorang tu. Wakaka. Pastu rehat kejap dekat satu tempat tu. Ada sorang brader ni nyanyi lagu Down- Jay-Sean ft. Lil Wayne. Dia nyanyi kehulu kehilir n lalu depan pompan. Dia ingat dia sorang je ke ada lagu tu. Aku pun ada la. Nak tunjuk suara best konon. Salah tempat la wei. Lepastu bila mamat ni dah bela. Kaum-kaum Lut pun datang.

Nyanyi lagu Dugaannya-Hujan . Nak nyanyi pakai pembesar suara warna putih yg besar tu. Nak tunjuk yang dieorang tak takot la dalam hutan dan nak tunjuk dekat budak-budak perempuan yang dieorang tu berani la kononyer. Lepastu si kaum-kaum awek ni pun cair. Haha. Murah punyer budak. wkakaka. Tiba-tiba ada sorang awek yang mempunyai tubuh badan yang sasa ni menagis. Dia takot nak mendaki bukit yang sebenarnya tak tinggi tu. Aku pun ketawakan la. Ketawa terbahak-bahak sampai batok-batok. nasib baik bawak air. Aku pun teruskan je perjalanan. Selepas 3 jam akhirnya sampai la dekat puncak bukit tu. Semua amek gmbr beramai-ramai. Then kiteorang pun turun balik. nak naik 3 jam baru sampai.

Nak turun pehh! 1 jam setengah dah sampai. Bila dah sampai cikgu suruh tunggu dekat tepi pantai tu dulu. Cikgu tak kasi mandi sebab dekat situ airnyer giler-giler beb. Semua budak-budak dah bising sebab cikgu lambat sampai di sebabkan ada budak bertubuh sasa tu nagis. Wakaka. then cikgu pun sampai. Kiteorang pun balik ke bilik. Cikgu suruh masuk dalam dewan. Cikgu suruh semua budak mintak maaf dekat budak yang bertubuh sasa ni KERANA budak-budak marah dia sebab lambat. Aku, Izha, Helmi tak mintak maaf pun. Wat pe nak mintak maaf. Siapa suruh dia nagis.

Klaua dah tahu takot nak naik bukit tu tak payah la ikot lawatan ni. Tu je yang kiteorang panas kan. Kiteorang tak hinggin nak mintak maaf. hhaaha. Then petang tu jugak kami semua balik. Sampai sekolah pukul 7.39. Cikgu suruh solat dekat sekolah tapi aku taknak bcoz badan dah la tak sedap sebab belum mandi. Lepas tu nak sembayang. Adeh! melekit badan aku woo! haha