June 08, 2011

0 memohon maaf atas perkara-perkara berikut

Mohamad Saiful Azmi,
No 10 Jalan Jalan,
Taman Teman,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim.



Guru Tingkatan 5 perdagangan 1,
SMK Dato' Syed Esa,
Peti Surat 32,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim.
6 JUN 2011

Puan,

MEMOHON MAAF.

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas ingin memohon maaf atas perkara-perkara berikut.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Saiful Azmi dengan ini ingin meminta maaf kepada Puan bahawa saya tidak dapat menyiapkan kerja masa cuti yang Puan telah berikan . Antara sebab sebab saya tidak dapat menyiapkan tugasan itu adalah seperti berikut.

i) Masalah tulisan. Dah 11 hari den cuti sekolah ni ha. Den sajo jo la nak buat kerjo last minute. Baru bersemagot. Tapi malam tadi sedang den punyo bersemagot nak buat omework tibo-tibo tangan den kaku la nak nulisnyer.. Kemudian den cubo lagi. Cubo lagi. Tak boleh jugok nompeknyor. Tulisan den dah serupo cakar musang.

ii) Sebuk. Semenjak den cuti ni. Den sebuk sikit. Den sibuk nigok tv nu ha. Channel 611. Mulo-mulo den tak nok la negok tv nu ho. Tapi astro ada siarkan katun Dragon Ball dan One Piece pulok. Gilo den tak negok? Mosti la negok! Belah petang pulok ado cito macam-macam. Best-best belako. Maklum la. Astro, macam-macam ado la khabornyer.. Malam pun samo.

iii) Rehatkan minda. Den bukan tak nak buat tugasan nu. Tapi den nak rehat kan minda. Maklumla nanti naik skolah nak keno guno pulok otak dan akal den ni. Jadi den nak rehat-rehatkan la beliau.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Diharapkan puan dapat memaafkan dan tidak di ambil sebarang tindakan terhadap saya.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

___Saiful Azmi___
(MOHAMAD SAIFUL AZMI)
AJK Alatan 5 Perdagangan 1,
SMK Dato' Syed Esa,
Batu Pahat.